Monday, October 29, 2007

Aidilfitri 2007

Tahun ni kami menyambut syawal di Perlis.







Sempat bergambar dengan Mak Sally di pagi raya tapi tak berpeluang nak bergambar beramai-ramai satu family sebab lepas sesi bersalam-salaman kami dah sibuk menyediakan juadah dan melayan tetamu.


Bergambar dengan Hawary Solihin a.k.a. Lek Lek.


Sofyiah tengah bersalam dengan Helmi. Iqbal jadi saksi...


Gambar Ayah Sally ni sempat dirakam semasa beraya di Sungai Berembang, Perlis.


Raya ke-2 kami dah balik beraya di Perak. Gambar Mak Jiji dengan cucu.

Monday, September 03, 2007

Lumut Trip

Cuti merdeka yang lepas kami ambik kesempatan cuti hujung minggu tu untuk balik ke kampung Hajizi kat Ipoh tapi sebelum tu singgah ke Lumut untuk tengok laut.

Tengahari kami singgah untuk makan tengahari di sini sambil Hajizi berjumpa dengan kawan-kawan.




Jiji and friends.




Bila dah petang sikit, barulah kami pergi berjalan-jalan dekat area Jeti.




Bergambar dengan isteri kawan Jiji. Dah terlupa namanya. Bila tengok dia, teringat pada Kak Luna, tak tahu kenapa.




Membeli hasil laut untuk dijadikan buah tangan kepada member2 kat opis.

Friday, August 17, 2007

Melawat Busu di JB

Sempat jumpa dengan Busu Fatimah dan Busu Aziz masa pergi outstation di JB. Dapatlah melepaskan rindu.
Dengan Busu Fatimah & anak Kak Nor di rumah Busu.


Bergambar di depan Johor Convention Center di JB.

Sunday, August 12, 2007

Hajizi's workplace company days 2007

Tahun ni tempat kerja Hajizi buat family day kat Pulau Langkawi. Kalau nak tahu Hajizi tak pernah lagi pergi Langkawi! Myself pulak last trip to Langkawi somewhere in the late 80's. Masa umur tu kat depan masih huruf 1.

Ok.Ini gambar2 kami kat sana.


Foggy at the Langkawi International Airport.
It was the first time for the kids to board a plane and they simply love it!





Hariz at the airport with Langkawi Map behind him.




In front of the Geopark entrance, for the cable car trip.





Dah naik cable car dekat Langkawi Geopark. Masa ni dekat stop yang pertama. Berdebar-debar jugak kami naik cable car tu.




Ini masa dah sampai kat Puncak Gunung Mat Cincang. Hentian terakhir cable car.





Dari stop cable car tu, turun bukit sikit dan pergi ke Curved Suspension Bridge, 125 meter menghubungkan antara 2 puncak.





687 meter above sea level. Kat bawah tu jurang weh....
Kat belakang kami tu, couple from Algeria, Sarah dan Narim, naik cable car sekali dengan kami.





Ada berani?


Dekat tempat yang sama naik cable car ada tempat bela rabbit.





Dekat Makam Mahsuri.
Paling benci sebab dekat makam tu ada pulak 'persembahan' macam pulut dengan ayam, pisang dan air mineral.



Di Dataran Lang, dekat jeti Kuah.




Sarah at the entrance of Bird Paradise Park.

Banyak jenis parrot ada kat sini. Diam aje pun, tak adalah reti bercakap macam tunjuk kat TV tu.



Dekat Bird Paradise bukan setakat burung aje, ada ikan, monyet, ular.
Burung unta ni lapar sungguh, tak cukup diberi makan kot tapi kalau burung2 lain diberikan makanan pun tak heran langsung....



Hajizi the eagle tamer!



Masa dinner di Aseana Resort, tempat kami bermalam. Ini hadiah yang dia orang dapat.





Anak-anak staff AIBSB.

Friday, June 22, 2007

Club Trip: Kuala Woh & Cameron

Berturut-turut pulak club trip ni. Kali ini buat tengah2 bulan :-(

Walaupun tak dapat shopping sakan kat cameron dan kebetulan trip tu terlalu singkat, kami tetap bersyukur dan gembira.


Lepak kat pondok di tepi sungai. Masa ni belum keluarkan lagi makanan potluck. Letih, hisap rokok dulu.....


Dekat sini airnya panas sikit. Dengar cerita dulu-dulu air nya panas betul sampai boleh rebus telur tapi nampaknya airpun dah agak cetek sekarang. Ada tempat yang pasirnya panas, so kena hati-hati sikit.


Mandi air terjun kat Kuala Woh sebelum naik ke atas Cameron Highland.


Seronok main air sungai yang sejuk tu...


Kat pasar minggu dekat Brinchang.


Bergambar depan hotel murah yang kami duduk untuk 1 malam sahaja.


Letih sungguh GG, baring aje terus lena.


GG posing dpn hotel.


Bunga ni GG bagi present kat Sally, sempena hari ibu pada 12/5.

Sunday, June 03, 2007

Kenduri Asrul & Hajar

Pada 26 Mei yang lalu, anak saudara Hajizi, Asrul telah pun melafazkan akad nikah dengan si gadis manis yang juga berasal dari Ipoh iaitu Hajar. Kenduri di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 27 Mei dan kenduri di sebelah pengantin lelaki (sebelah kami) ialah pada 2 Jun. Gambar-gambar ni gambar kami la, bukan gambar pengantin... heheheh...



Hariz dengan sepupu, Haziq.



Chewah! Perasan pulak!



Heheheh...



Melaram baju labuci baru (mengalahkan pengantin).


Hariz dan sepupu tengah makan kenduri sebelum tetamu2 datang (deme pulun dulu).




Hariz, Sarah dan sepupu. Tema baju untuk kenduri kali ni - warna hijau.



Dari kiri, Kak Long (tuan rumah), Kak Shimah, Kak Ita, Hajizi, Sally dan Dik Won (adik pengantin).

Sofyiah pun join kami pergi kenduri. Gambar ni 2-in-1, gambar Sofyiah dan Sarah dan jugak gambar lauk kenduri, menunya dari kiri daging rendang (ke masak merah? dah lupa lah), masak lemak ikan masin, acar buah, sambal belacan/air asam dan ayam goreng special dan yang kat tengah tu buah tembikai le......

Saturday, March 31, 2007

Club Trip: Air Terjun Chamang

Kelab Peugeot Network kali ini buat trip ke Hutan Lipur Chamang di Pahang. Tempat tu tak jauh, kalau ikut highway tu sekejap aje dah sampai. Kami keluar dengan susur keluar Raub. Trip kali ini agak mewah dari segi makan dan minum. Banyak betul makanan potluck yang dibawa. Lepas tu ada BBQ lagi. Kawasan air terjun nya jugak luas dan memang puaslah kalau dapat mandi kat sana.

Jambatan gantung ni rasa macam ngeri je, goyang-goyang... tapi sempat lagi la kami posing.

Kat tempat ni ditandakan dengan tanda bahaya. Tak boleh pergi area tu. Luas kawasan ni kan?

Air nya bersih dan kawasan nya luas. Air sejukkkkk...