Friday, June 22, 2007

Club Trip: Kuala Woh & Cameron

Berturut-turut pulak club trip ni. Kali ini buat tengah2 bulan :-(

Walaupun tak dapat shopping sakan kat cameron dan kebetulan trip tu terlalu singkat, kami tetap bersyukur dan gembira.


Lepak kat pondok di tepi sungai. Masa ni belum keluarkan lagi makanan potluck. Letih, hisap rokok dulu.....


Dekat sini airnya panas sikit. Dengar cerita dulu-dulu air nya panas betul sampai boleh rebus telur tapi nampaknya airpun dah agak cetek sekarang. Ada tempat yang pasirnya panas, so kena hati-hati sikit.


Mandi air terjun kat Kuala Woh sebelum naik ke atas Cameron Highland.


Seronok main air sungai yang sejuk tu...


Kat pasar minggu dekat Brinchang.


Bergambar depan hotel murah yang kami duduk untuk 1 malam sahaja.


Letih sungguh GG, baring aje terus lena.


GG posing dpn hotel.


Bunga ni GG bagi present kat Sally, sempena hari ibu pada 12/5.

Sunday, June 03, 2007

Kenduri Asrul & Hajar

Pada 26 Mei yang lalu, anak saudara Hajizi, Asrul telah pun melafazkan akad nikah dengan si gadis manis yang juga berasal dari Ipoh iaitu Hajar. Kenduri di sebelah pengantin perempuan telah diadakan pada 27 Mei dan kenduri di sebelah pengantin lelaki (sebelah kami) ialah pada 2 Jun. Gambar-gambar ni gambar kami la, bukan gambar pengantin... heheheh...



Hariz dengan sepupu, Haziq.



Chewah! Perasan pulak!



Heheheh...



Melaram baju labuci baru (mengalahkan pengantin).


Hariz dan sepupu tengah makan kenduri sebelum tetamu2 datang (deme pulun dulu).




Hariz, Sarah dan sepupu. Tema baju untuk kenduri kali ni - warna hijau.



Dari kiri, Kak Long (tuan rumah), Kak Shimah, Kak Ita, Hajizi, Sally dan Dik Won (adik pengantin).

Sofyiah pun join kami pergi kenduri. Gambar ni 2-in-1, gambar Sofyiah dan Sarah dan jugak gambar lauk kenduri, menunya dari kiri daging rendang (ke masak merah? dah lupa lah), masak lemak ikan masin, acar buah, sambal belacan/air asam dan ayam goreng special dan yang kat tengah tu buah tembikai le......