Saturday, March 31, 2007

Club Trip: Air Terjun Chamang

Kelab Peugeot Network kali ini buat trip ke Hutan Lipur Chamang di Pahang. Tempat tu tak jauh, kalau ikut highway tu sekejap aje dah sampai. Kami keluar dengan susur keluar Raub. Trip kali ini agak mewah dari segi makan dan minum. Banyak betul makanan potluck yang dibawa. Lepas tu ada BBQ lagi. Kawasan air terjun nya jugak luas dan memang puaslah kalau dapat mandi kat sana.

Jambatan gantung ni rasa macam ngeri je, goyang-goyang... tapi sempat lagi la kami posing.

Kat tempat ni ditandakan dengan tanda bahaya. Tak boleh pergi area tu. Luas kawasan ni kan?

Air nya bersih dan kawasan nya luas. Air sejukkkkk...








Saturday, March 17, 2007

Cuti Sekolah 3/07 Part 3

Cuti-cuti pantai timur dah habis. Sebelum balik kami singgah di Kuala Kemaman untuk membeli keropok lekor, keropok kering, sata dan otak-otak. Sata tu sedap sangat, kami makan dalam kereta, belum sampai Kuantan dah habis ke semuanya!

Kami singgah di Cherating untuk 'makan angin' dan singgah membeli cenderamata buat kenangan.

Singgah untuk lunch dekat mana entah, Kampung ke Pekan Peramu kot, dekat area Tanjung Lumpur... Jumpa kawan Jiji, WanSoo. Gambar ni dia yang ambik. Dia memang minat ambik gambar.

Cuti Sekolah 3/07 Part 2

Dari Kuantan kami menuju ke Terengganu. Mula-mula tu singgah di rumah Zu, kawan baik/roomate Sally masa di UTM. Lepas tu kami pergi mandi-manda di Awana Kijal. Kami dapat tidur di sana semalam menumpang rezeki Jang, hubby Zu. Thanks a lot!


Hariz bukan main seronok main air dengan anak-anak Zu.



Giant Chess anyone?



Giant 'Dam Ular'



Giant 'Congkak'
Semuanya besar kat sini ya... duitpun besar.....





Dah check-out. Lepas ni nak ke mana pulak?

"Ayah, kami tak puas mandi laut!"

Cuti Sekolah 3/07 Part 1

Di Pantai Balok, memang cantik sekali pemandangannya. Pantainya bersih. Masa ni ombak pun sederhana, tak berapa kuat. Selepas kami balik, ombak dah mula kuat dan dah tak digalakkan mandi pantai lagi. Ada berita budak sekolah lemas di pantai ini @ pantai berdekatan.



Depan Resort selepas kami check-out.

Lepas ni nak ke Terengganu pulak!


Sunday, March 04, 2007

Sukaneka

Sukaneka Tahun 1



Giliran seterusnya... menanti penuh debar.





Sarah menyertai acara lompat dengan belon. Sayangnya tak sempat nak rakam Sarah tengah beraksi sebab laju sangat dia lompat. Cuma sikit aje ada dalam gambar - nampak tak rambut, kasut dan t-shirt putih dia dekat tanda anak panah tu?



Selepas sukaneka, semasa menunggu giliran mendapatkan habuan masing2. Yang kalah dan yang menang semuanya dapat, habuannya sama sahaja untuk semua!